____________________________________________________________________

PERISYTIHARAN
PERTEMUAN PENULIS ASIA TENGGARA 2001, 26 - 29 OKTOBER 2001
HOTEL CROWN PRINCESS
KUALA LUMPUR MALAYSIA

Kami penulis Asia Tenggara yang berhimpun di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 26 - 30 Oktober 2001, berasa sangat dukacita terhadap sekalian bentuk keganasan dan pembunuhan yang gila terhadap mereka yang tidak berdosa.

Kami menganggap nyawa, darah dan air mata di mana-mana negara adalah sama harganya. Segala macam bentuk jenayah, keganasan dan pembunuhan oleh mana-mana kuasa, negara dan kumpulan apa pun adalah perbuatan durjana.

Penulis harus melakukan apa sahaja dalam keupayaannya untuk menulis tentang nilai-nilai unggul dan erti keamanan, dan ini semua akan meningkatkan martabat manusia.

Sebagai hati nurani masyarakat dan pemelihara moral dan martabat manusia, kami mengutuk pembunuhan yang berlaku atas nama apa pun, sama ada di Afghanistan, Palestin, Colombia atau di mana-mana sahaja. Kami menuntut pembunuhan ini diberhentikan dengan serta-merta.
© Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA 2002
Segala kemusykilan sila kemukakan kepada webmaster pat@dbp.gov.my