![]() |
||||||||
![]() |
||||||||
![]() |
||||||||
![]() |
Penglibatan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam beberapa program kerjasama ASEAN
telah bermula sejak tahun 1970-an lagi. Selain itu, dalam bidang kesusasteraan,
penglibatan DBP disemarakkan lagi melalui keanggotaannya dalam Majlis
Sastera Asia Tenggara (MASTERA).
Pertemuan
Penulis Asia Tenggara Kuala Lumpur 2001 merupakan satu lagi kegiatan yang
menyokong kerjasama serantau, khususnya dalam bidang kesusasteraan. Pertemuan
ini memberi tumpuan kepada penyertaan penulis kreatif dan bukan kreatif
dalam bidang kesusasteraan dari negara-negara Asia Tenggara, sama ada
yang berbahasa Melayu atau sebaliknya.
|
|||||||
![]() |
||||||||
Sungguhpun
pertemuan seumpama ini telah banyak dianjurkan di peringkat antarabangsa,
namun bagi DBP, inisiatif ini lebih memfokus kepada usaha menemukan para
sasterawan di peringkat rantau Asia Tenggara demi membina semula rangkaian
kerjasama yang telah sedia ada. Sehingga kini, hanya tiga buah negara
yang menyertai Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), iaitu Malaysia,
Brunei Darussalam dan Indonesia. Justeru, diharapkan pertemuan ini dapat
mencetuskan keinginan negara-negara lain di Asia Tenggara untuk menganggotai
MASTERA.
|
||||||||
Selain
mempertemukan penulis kreatif dan bukan kreatif pelbagai genre dari seluruh
negara Asia Tenggara, mereka juga dapat bertukar-tukar fikiran, berkongsi
pengalaman serta mengemukakan usul atau cadangan demi peningkatan citra
sastera rantau ini.
|
||||||||
![]() |
||||||||
©
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA 2002
Segala kemusykilan sila kemukakan kepada webmaster ![]() |