• Untuk mempertemukan penulis kreatif dan bukan kreatif pelbagai genre dari seluruh negara Asia Tenggara supaya mereka dapat bertukar-tukar fikiran, berkongsi pengalaman serta mengemukakan beberapa usul bagi meningkatkan diri mereka, melalui sesi perbincangan dan forum.

  • Untuk memberikan pendedahan kepada penulis-penulis dari Malaysia, khususnya, dan dari negara-negara Asia Tenggara, amnya, serta membina persefahaman di kalangan mereka.

  • Untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai tempat tumpuan yang memungkinkan para penulis Asia Tenggara menemui kesepakatan dalam hal-hal yang berkaitan dengan peningkatan dan pengembangan ketokohan dan citra mereka.
© Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA 2002
Segala kemusykilan sila kemukakan kepada webmaster pat@dbp.gov.my