Seluruh konsep logo ini melambangkan peranan penulis yang menjana pembangunan ekonomi, politik, dan sosial melalui penulisan mereka.

Buku Terbuka
Sepuluh halaman buku pelbagai warna secara dinamik melambangkan hala tuju masa depan penulis ke arah kecemerlangan. Halaman ini juga menggambarkan sepuluh negara Asia Tenggara.

CD-Rom
CD-Rom melambangkan penggunaan teknologi dalam perkembangan penulisan yang menjadi nadi era globalisas

Pena
Pena di tengah-tengah CD-Rom melambangkan objektif Pertemuan ini yang bertujuan menghimpunkan tokoh-tokoh penulis dari Asia Tenggara.

Pengeritan Warna
Kesemua warna pada logo ini terdapat pada bendera-bendera negara Asia Tenggara

Merah, Biru Tua, Kuning, Hijau, Putih
Warna-warna ini mewakili warna kebangsaan setiap negara di Asia Tenggara dan juga melambangkan ketegasan dan kecemerlangan Pertemuan ini.

© Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA 2002
Segala kemusykilan sila kemukakan kepada webmaster pat@dbp.gov.my