KATEGORI ANUGERAH

Anugerah akan diberikan setiap dua tahun kepada dua orang tokoh dalam dua kategori iaitu:
KATEGORI A: TOKOH PENGKAJI/PENELITI SASTERA WARISAN
i
Tokoh mestilah memperlihatkan kesarjanaan dan kreativitinya dalam menghasilkan penyelidikan, penelitian, pengeditan, penerbitan dan pengumpulan hasil sastera warisan
ii
Karyanya menyerlahkan kecemerlangan dan kebijaksanaan kepengaraan Melayu sehingga mengangkat peradaban bangsa
KATEGORI B: TOKOH PENGAMAL, PENGGIAT DAN KARYAWAN SENIMAN
i
Tokoh mestilah memperlihatkan keahlian dan kesenimannya dalam pengamalan sastera warisan serta berkebolehan memperkenalkan dan mengembangkannya di kalangan masyarakat umum.

© Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA 2002
Segala kemusykilan sila kemukakan kepada webmaster pat@dbp.gov.my