KARYAWAN MALAYSIA
_________________________________________________________________
Dato' Dr. M. Shanmughalingam

Dato' Dr. M. Shanmughalingam dilahirkan di Kuala Lumpur. Beliau belajar di Sekolah Victoria, Kuala Lumpur, dan mendapat tempat pertama di Malaysia dalam peperiksaan kemasukan ke universiti. Beliau mendapat ijazah B.A. (Kepujian) daripada Universiti Malaya, ijazah Sarjana dariapda Universiti Harvard, Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat. (Kelas pertama dengan mendapat A dalam semua lapan subjek dan ditawarkan untuk program Ph.D tanpa permohonan formal). D.Phil, Balliol College, Universiti Oxford, U.K. (dengan tiga hadiah). Penerbitan kesusasteraan beliau termasuklah cerita pendek dalam Siverfish New Writing 2, antologi cerita dari Malaysia, Australia, Singapura, Hong Kong dan Afrika, Silverfishbooks (2002), cerpen diterbitkan sebagai pilihan pertama editor daripada 1450 permohonan antarabangsa dalam Asylum 1928 and Other Stories, antologi cerita pendek antarabangsa Fish, Ireland (Julai 2001). Editor bersama Anthology Malaysian Poetry dalam bahasa Inggeris dengan terjemahan bahasa Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka). Puisi dan cerita pendek dalam antologi/jurnal sastera, termasuklah New Voices of the Commonwealth, Howard Sargeant (London), Focus, DJ Enright, Ripples, Robert Yeo (Singapura), ISIS and Balliol College Annual Record (Oxford), di Universiti (Harvard, Malaya, Oxford dan Singapura) dan puisi, cerita pendek dalam jurnal sastera dan budaya seperti Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Hadiah sastera yang dimenangi termasuklah Gertrude Hartley Memorial Prize for Poetry Balliol College, UNiversiti Oxford, dan hadiah kedua Peraduan Cerita Pendek, dihakimi oleh novelis Iris Murdoch dan John Bayley, Profesor Kesusasteraan, Universiti Oxford, Dan O'Connell Poetry Competition, Melbourne, Australia, Januari 2000 dan Peraduan Cerita Pendek Radio Malaysia dan Menulis Skrip Drama Universiti Malaya. Beliau pernah menyertai majlis pembacaan cerita pendek pada tahun 2002 di Universiti Pengurusan Singapura, Borders Bookstore Singapore, Kinokuniya MPH Megamall Mid Valley, K.L., dan di MPH Subang Parade, Selangor. Merupakan peserta Seminar Cambridge ke-26 tentang penulis Britain sezaman, University Cambridge, U.K., Julai 2000. Diundang sebagai pengerusi sesi Seminar Penulis Komanwel, bagi kertas kerja tentang kesusasteraan dari Jamaica hingga ke New Zealand pada bulan September 1998. Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Nasional Penulis di Dewan Bahasa dan Pustaka, pembaca puisi di K.L., Melbourne dan di Universiti Cambridge dan Oxford. Hos dan penemuramah rancangan Bicarawara di televisyen tentang hal ehwal antarabangsa dan semasa, kritik filem di Radio Televisyen Malaysia dan pemegang amanah Galeri Seni Lukis Negara. Dipetik secara langsung dalam majalah Time tentang Perdana Menteri Malaysia, Disember 1996.