______________________________________________
Dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentung, Pahang. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong, Tawalih School, Sumatera, Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera dan Pitman College, Singapura. Dalam bidang penulisan dia juga menggunakan nama pena Keris Mas, Aku, K.M. Kamal, Kamaludin M. dan Mister X. Sepanjang hayatnya, dia pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Cawangan Pahang, Pengarang Utusan Melayu, Singapura, Pengarang Melayu Raya, Pengarang Warta Negara. Sidang Pengarang Syarikat Utusan Melayu, Pengarang Umum DBP, Ketua Pengarang DBP dan Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, DBP. Dia menamatkan perkhidmatan pada 10 Jun 1977.
Selepas itu dia dilantik sebagai Penulis Tamu DBP (1 Julai 1977 hingga 30 September 1978), Karyawan Seni, Universiti Malaya (1979-1980) dan Penulis Tamu DBP (1985-1986). Dia telah menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Pejuang Sastera (1976), Anugerah Sastera Negara (1981), Anugerah Asean (Dalam bidang Kesusasteraan) (1987), dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan, USM, 1989. Dia meninggal dunia pada 9 Mac 1992.

© Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. SEMUA HAKCIPTA TERPELIHARA 2002
Segala kemusykilan sila kemukakan kepada webmaster pat@dbp.gov.my