PENDAHULUAN
Negara Brunei Darussalam telah melahirkan ramai penulis kreatif
yang berpotensi dan established sejak awal tahun 1930-an. Bagaimanapun
sejak Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1961 hingga
kini belum ada satu anugerah khas diberikan kepada penulis-penulis
tanah air. Pengiktirafan besar mereka hanya dinerikan melaui SEA
Award (Thailand), Hadiah Sastera MASTERA (Malaysia) dan ASEAN-COCI.
Memandangkan, Negara Brunei Darussalam melalui MASTERA Brunei
Darussalam telah diamanahkan untuk melaksanakan projek Anugerah
Sastera khusus kepada Tokoh atau Penulis dari negara-negara pendiri
MASTERA, maka adalah menjadi tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka
dan pihak-pihak swasta untuk menangani bersama projek yang dianggap
berprestij dan berpotensi ini dengan tujuan:
-
Membuka
langkah kepada sikap pemudulian serta keprihatinan bagi sama-sama
memajukan bidang kesusasteraan bukan sahaja di peringkat nasional
tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa
-
Dapat
mengangkat imej dan mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam
dalam bidang kesusasteraan baik di peingkat nasinal, serantau
dan antarabangsa.
-
Untuk
mewujudkan perpaduan serta semangat kerjasama antara kerajaan
dan syarikat swasta.
TUJUAN
-
Sebagai
penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan kepada tokoh-tokoh
sastera atau penulis atau tokoh pejuang sastera yang menulis
dalam bahasa Melayu dan bergiat aktif menurut Panel telah
memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan
Asia Tenggara melalui karya yang bermutu tinggi atau tokoh
pejuang sastera yang memperkembangkan kemajuan sastera
-
Mengangkat
martabat sastera Melayu di Asia Tenggara.
-
Mengangkat
nama penulis sesebuah negara yang menerimanya.
-
Menjadi
pendorong kepada penulis memajukan hasil kesusasteraan.
-
Mewujudkan
persefahaman serantau.
-
Melalui
Anugerah Sastera ini MASTERA akan memperolehi kajian ilmiah
tentang hasil karya dan/atau sumbangan kegiatan sastera penerima
anugerah untuk digunakan sebagai kajian dan rujukan sepanjang
zaman.
DASAR
PELAKSANAAN
-
Anugerah
ini akan diberikan tiga tahun sekali
-
Anugerah
akan diberikan kepada Tokoh Sastera atau Penulis dari negara
anggota MASTERA sama ada melalui karya yang bermutu tinggi
atau pejuang sastera yang bergiat memperkembangkan kemajuan
sastera
-
Kemudahan
untuk menerbitkan karya bersesuaian di Negara Brunei Darussalam.
-
Penterjemahan
dan penerbitan karya yang difikirkan sesuai ke dalam bahasa
asing di negara masing-masing.
PEMILIHAN
TOKOH ANUGERAH SASTERA MASTERA
-
Bergiat
dalam bidang penulisan kreatif seperti novel, cerpen, drama,
sajak, kritikan atau dalam kegiatan membina dan mengembangkan
sastera melalui penyelidikan atau persuratan dan sebagainya
secara aktif sebelumnya dan secara berterusan
-
Memberi
perhatian yang serius terhadap pembinaan dan pengembangan
sastera secara peribadi atau melalui persatuan atau bidang
perkhidmatan.
-
Cinta
kepada kesusasteraan dan kegiatan kesasteraan dan sanggup
mengorbankan wang, tenaga dan masa demi perkembangan sastera
tanah air.
-
Aktif
menulis makalah dan menbentangkan kertas kerja di forum, seminar,
persidangan kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
-
Kriteria
lain yang difikiran perlu oleh Panel dan Panel Negara Ahli.
PANEL
PENILAI
Panel terbahagi kepada:
-
PANEL
NEGARA AHLI
Anggota Panel Negara Ahli dilantik oleh negara masing-masing
iaitu Malaysia dan Indonesia.
-
PANEL
PUSAT
Negara Brunei Darussalam bertindak selaku Panel Pusat. Anggota
Panel Pusat akan dilantik oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan yang terdiri daripada rakyat kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertua Negara
Brunei Darussalam. Mereka dipilih dari kalangan cerdik pandai
dalam bidang kebudayaan, pendidikan, kemasyarakatan, keagamaan
dan lain-lain yang mengikut dan memahami perkembangan dan
kemajuan sastera Melayu dengan sedar dan serius.
TUGAS
PANEL NEGARA AHLI
-
Meneliti
nama-nama calon dan menilai secara mendalam tokoh yang dicadangkan
oleh Panel Negara Ahli. Walau bagaimanapun Panel Pusat berhak
menolak calon yang dihadapkan oleh Panel Negara Ahli dan negara
berkenaan boleh menghadapkan calon yang lain.
-
Mempersetujui
calon dari setiap negara ahli untuk menerima Anugerah.
-
Menyediakan
Anugerah kepada penerima.
KEANGGOTAAN
PANEL PUSAT
Anggota Panel Pusat dilantik setiap Tiga (3) tahun seperti berikut:
Pengerusi: |
Setiausaha
Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan |
Setiausaha: |
Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka |
Penolong
Setiausaha: |
Ketua
Bahagian Sastera |
Ahli: |
7
orang |
URUS
SETIA
Urus Setia bertugas mentadbirkan urusan Anugerah Sastera MASTERA
ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam dan ahli-ahlinya
dilantik oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam.
HADIAH
Hadiah beruapa wang tunai sebanyak B$10,000.00 di samping Watikah
Pengiktirafan bagi setiap penerima.